Wednesday, April 23, 2008

IDOLA KU NAIK SHAIKH

Letih dan penat dulu. 1999 dan sebelumnya.

Ketika Anwar di dalam UMNO lagi, pelik memikirkan di mana keistimewaan tulen makhluk ini! Bila berbicara, berpentas dia merasa itulah dunia yang dia cipta. Dia translatekan pada audien. Dikutip bahasa dan frasa. Dikutip nama-nama sarjana yang disandar kepadanya "Shaikh sana-Shaikh sini" semua dia kenal, yang ketika itu belum menjadi tren. Berbunga-bunga nan indah. Takjub. Manusia bertepuk sorak. Terhibur. Inilah pemimpin masa depan! Walhal isinya hampas! Tren pengucapan Anwar dilihat idealis. Hakikatnya hanya hiburan, menonjol, maka ramai yang jatuh cinta kepada Anwar.
Dia sebenarnya artis, orang seni dalam dunia dia. Boleh jadi Shaikh, boleh jadi Sivaji, boleh jadi Robin Hood, boleh jadi Mandela. Bukan setakat perempuan yang sukakan rupa paras dia yang cantik manis, lelaki juga terpesona. Ramai. Azizah masa tu tak tahu apa-apa. Doktor dia pun entah ke mana. Dok rumah, tukang angguk. Adik beradik kata, dok kena makan penampar je. Ada kes mahkamah shariah pun. Ada kuasa boleh tarik punya.

Anwar menjadi idola. Gayanya ditiru, dikutip ke atas pentas. Maka ramailah selepasnya yang berikonkan dia membawa gaya pengucapan yang sama. Tren baru, sengau, bersahaja, naik-turun bersulam tegas dalam jenaka, semangat. Ini tiket untuk menjadi pemimpin. Mudah. Pandai berucap!!! Anwar Ibrahim hebat!!!..? Ezam terpesona, Azmin terpesona ( bini dia pun sama, terpesona), kiri-kanan. Depan belakang, ramai lagi. Chandra Muzaffar juga. Tu kira orang cerdik tu. Korporat pun ramai. Hari ni dah jadi ustaz-ustaz. Dalam UMNO dulu pun ramai, bijik mata Mahathir di dalam surat khabar ditojoh, di buat lanun. Ada siung pulak lagi. Dalam UMNO yang takut hilang jawatan dunia ramai juga masa tu, tiket kesenangan macam Anwar ajar. Ramai. Zahid pun biasa bela dia, bahasa nepotisme, bahasa kronisme. 1997-98. Ini semua "isme-isme" Anwar Ibrahim (bahasa yang sama di Indonesia). Tapi apa jadi pada Zahid dalam mesyuarat tindakan MKT? Ada Anwar bela dia?

Manusia kata kenal dia. Ramai kata kenal. Tidak mungkin seorang manusia sesuci Anwar Ibrahim buat silap, buat dosa. Dia ikon. Dia pejuang islam! Berbicara di atas pentas masjid! Ada kewalian. Maksum. Itu kata ramai, orang yang rasa kenal tapi hakikatnya tak kenal pun, tengok jauh-jauh saja, luar-luar saja. Tapi rakan-rakan se MCKKnya dulu kata lain. Yang kenal dia. Keling yang 30 tahun rapit dengan dia dulu juga sewaktu zaman bahagia dulu kata lain, hari ini atas "kepentingan negara?, sayangkan negara" pun kata lain. Pun penipu. Dulu menipu hari ni insaf lah kot. Penipu yang kembali sedar, atau baru nak mengaku sedar. Menyusahkan orang. Macam Ezam. Macam Chandra juga. Ada lagi. Banyak. Luqman pun.

Dr Rahim Ghouse mana? Senyap-sunyi. Insaf kot.

Nalla Karuppan kata," Dulu duit Magnum tu lah Anwar Ibrahim dok pakai. Hari ni dia kata berjudi haram, Magnum haram. Muka Anwar Ibrahim pagi lain, petang lain, malam lain. Tipu punya orang, tadak prinsip la ini orang. Apa yang Mahathir kata pada Anwar tentang Anwar, semuanya betul. Anwar bukan penganut agama islam yang baik, bulan puasa pun dia buat banyak benda-benda tarak betul, saya tau la. Kaki perempuan, tiap-tiap hari mau lain perempuan. 30 tahun saya kawan baik sama dia. Ingat ka dia mau ubah. Tarak berubah la ini orang. "Sivaji" ini mau kasi rosak negara ". Nalla yang kata. Bukan saya. Kawan baik dia yang kata. 30 tahun. Tokeh Magnum.

"Mohamad Sabu yang segar bugar" kononnya bertiket islam, hari ni senyap-sunyi. Menuli. 90-an dulu dialah yang kata atas pentas Parti Islam seMalaysia pulak tu, "Anwar Al-Juburi". Bukan saya kata, dia yang kata. Disambutlah segala "pengaku ulama", para-para ustaz dan pengaku anbia' ini, diusung cerita ke segala ceruk pentas. Bertepuk soraklah para pengikut. Terhibur dengan cara macam persembahan ustaz-ustaz hebat ini. Betul!!!, Anwar Al-Juburi!!! Allahuakbar!!! Takbir!!!
Hari ni duduk sekali. Kita nak panggil apa? Mana boleh panggil munafik pada ustaz-ustaz, pengaku ulama. Dosa. Dia orang ni boleh la panggil orang lain munafik sebab taraf dia tinggi setinggi tuhan.

Sewaktu menjawat Menteri Pelajaran, yang terhebat Anwar buat adalah menjadikan dirinya Menteri kepada Kementerian Pendidikan. Tukar nama, jadilah dia Menteri Pendidikan pertama di Malaysia. Hebat! Sebelumnya selaku Menteri Pertanian, dihambatnya segala para-para tikus di bendang. Perang!!!
Menjadi Menteri Kewangan, Apa tu "Management By Out"?, dia tanya. Tapi orang putih iktiraf dia The best Finance Minister!!!, Menteri Kewangan yang terbaik dalam dunia lah kot. Sebab tu gamaknya dia bawak masuk pakej mula IMF 50 million dulu. Masa krisis ekonomi 90-an dulu.
Abdullah masa tu dok sembunyi belakang pokok getah saja, gara-gara Pak Shaikh ni. Kena timbus. Penyokong-penyokong Anwar Ibrahim boleh suruh dia jadi tukang angkat kasut saja. Kena gelak dengan geng Anwar Ibrahim pemimpin hebat yang banyak duit. Seantero UMNO kena beli dengan duit. Berebut. Ada jawatan ada duit. Kena pegang terus jawatan, beli undi, bertambahlah duit. Pandai Anwar Ibrahim ajar. Raja Duit. Yang lingkup? UMNO. Tak apa janji ada duit! Anwar Ibrahim hebat! Jom join Anwar! Pemimpin masa depan.

Yang Perdana Menteri pula ketika tu kata kita tidak akan tunduk dengan desakan IMF dan Bank Dunia. Anwar kritik Mahathir ke segala pelusuk rantau. Kaki-kaki dia ramai. Kaya-kaya pulak tu. Macam-macam dia kata pada Mahathir, Bodo! Akulah yang pandai. Dipolisikan; pinjaman-pinjaman bank disekat. Bank-bank kena kutip balik hutang-hutang. BLR naik. Perniagaan tidak boleh kembang. Lingkup. Hutang kena bayar. Melambung pulak tu. Kesan dia, orang pun tak boleh bayar hutang, bank pun tak boleh kutip apa-apa. Ekonomi merudum. Negara di ambang kelingkupan. Hebat Anwar Ibrahim.

Sanusi biasa kata, "Bukan susah jadi menteri ni."

Perdana Menterilah juga yang kena ambil alih portfolio Kementerian Kewangan ni. Daim dipanggil semula walaupun dah "Tun". Datanglah balik orang tua tu pasal nak selamatkan negara. Ha! yang tu susah.

Hari ni Pak Shaikh ni ada re-carnation. Dia lah yang biasa jadi menteri itu dan ini, bagitau semua orang. Pengalaman luas! Tahu menguruskan negara. Dia lah yang layak jadi Perdana Menteri. Yang dia tak bagi tahu berapa banyak duit Foundation of the Future, anak perempuan Dick Cheney dah rasuah dia, USD beb. Good fren to Wolfowitz lagi. Nak ditambah lagi.
Mohamad Sabu pun tepuk sama. Sebab tu menikus. Pengaku-pengaku ulama pun tepuk sama sebab Anwar Ibrahim boleh turunkan harga minyak dunia sebanyak 30 sen sambil pakai Ray-Ben je. Siap tunjuk-tunjuk lagi. Orang yang iktiraf dia Menteri Kewangan terbaik dunia dulu hari jugaklah yang provok mengatakan dia bakal Perdana Menteri Malaysia, tak gitu Pak Habib?

Ezam sekongkolan Anwar hari tu jugak lah yang hari ni bagi komen khuatir dan mesti ada muslihat bahawa akhbar Yahudi mencanangkan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Walhal kita dah bagi tahu daripada dulu lagi dah. Sewaktu Anwar dalam UMNO lagi! Sewaktu dia memporak-porandakan UMNO lagi dulu dengan budaya duit dia! Yang kau bengong ikut dia dulu sebab apa. Menyusahkan orang. Menyusahkan negara. Hari ni nak tunjuk pandai. Sebenarnya tunjuk kebodohan diri sendiri. Macam mana nak jadi pemimpin?

Tu la yang penat tu. Waktu UMNO busuk, di rosakkan oleh "Pak Shaikh" ni. Pakat semua diam, sembunyi, takut. Bela dia lagi ada la. Macam-macam orang kata pada UMNO. Menikus.

Hadirlah orang-orang yang sedar ke depan. Tak perlu jawatan pun. Masa tu dikira orang jahat la. Tidak ada kepentingan kecuali kepentingan melayu, islam. Berani berkata benar!

Bila dah cantik dah wangi, semua yang berduit pakat-pakat tampil beli jawatan UMNO. Berebut-rebut balik. Yang dulu penyokong "die-hard" Anwar pun tampil semula. Nak hidup. Berduit. Beli saja jawatan. Ingat pasar malam!? Pegang jawatan-jawatan besar dengan kereta-kereta yang besar. Agenda pengukuhan sebenar diabaikan. Mendongak langit melupa tanah, pengukuhan politik diri yang diutamakan, membina kesenangan. Orang lihat, rakyat lihat. Diri lupa sebab kasta tinggi. Tak perlu peduli pun apa orang kata. Bila rosak, busuk pakat-pakat menuding jari pada lain. Lupa muhasabah diri.

Sedih. Penat.